Entry: Setelah 1 per 3 Ramadan Saturday, August 21, 2010



Tajuk best je kan.. sedar2 dah masuk separa kedua bulan Ramadan. ini bermakna lebih kurang lg 20 hari kita akan menyambut Syawal.

Apa yg telah aku lakukan. Ibadat semakin bertambah kah? Malas makin kurangkah? Hanya aku ada jawapan itu. Hehe. Hari ini Jumaar malam Sabtu. Seperti kebiasaan. Aku menunggu hingga jam 2 pagi supaya dapat aku uruskan makan sahur untuk semua kadet2 PALAPES UDARA UIAM. Kalau diorang tak kenyang. Aku plak nak kena menjawab. Alahai, tanggungjawab namanya.

Kekadang aku rasa inilah namanya peranan dan tanggungjawab yang harus dipikul setelah amanah yang diberikan. Aku tak mintak apa2 jawatan pun. Tetapi apabila sudah diberikan amanah itu. Aku harus laksanakan dengan hati yang sabar dan tenang. Kekadang naik marah jugak dgn budak2 junior ni.. Aku ckp sekali tak jalan. Nak kena ckp 3 4 kali. dlm kepala aku dok sebut. Diorang ni junior lagi. Aku kena didik mereka. Dan sebab itu bila aku rasa aku patut tegur. Aku akan tegur, biar diorang naik menyampah dengan aku. Asalkan mereka tahu apa yang aku nak dari mereka.. Haha.

Lagi lebih kurang 20 minit lg dah nak pukul 2 pagi. Itu bermakna aku kena kejutkan mereka tidur. Remind mereka supaya tidak terlepas urusan aku. Aku tahu budak2 ni bukan suka nak buat kerja. Tp apa boleh buat. Tugas la namakan. Kalau nak aku jugak yg kena marah dgn Jurulatih. dan aku jugak yang akan letih. Hehe.

Apa lg nak citer ni.. erm.. kasut dah kilat, baju dan kemas. katil belum kemas lagi. Baju ada banyak lg tak basuh.. Huh.. Penat. Padahal bukan aku buat apa pon. Dok buang masa je hari2.. Patutnya masa ni kena buat kerja skolah. Tp asyik aku dok tangguh. Mmg tak penah siap la kan..

Hifzaili.. bila kamu nak siapkan kerja kamu itu?
Haha..

Soalan yang selalu aku tanya pada diriku...

Okay lah.. Nanti aku coret lg.. Nak kemas katil kejap..

   1 comments

MLJ
August 26, 2010   08:40 AM PDT
 
Orang bg tanggungjawab sbb orang percaya dgn kebolehan & keupayaan kita. org tau kemampuan kita. jalankan amanah & tanggungjawab yg org bagi tu dgn ikhlas. insya Allah everything will be fine.

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments