Salam Pertemuan Buat Semua Seintim Hubungan Seerat Ukhwah Menyemai Kasih Mesra Diantara Kita Moga Mendapat Rahmat Yang Esa





   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30

Muhammad Hifzaili
Muhammad Hifzaili
Create Your Badge
Link Cyber Komuniti

VirtualFriends
Friendster
Facebook
Hotmail
Ukhwah.com

Blogger..

Ena
Salman
Dayana
Irfan Khairi
Afdlin Shauki
Hans Isaac
Ako Mustafa
Patrick Teoh

Pengajian Dan Pembelajaran

IIUM
Cosmopoint
Universiti Tenaga Nasional
Penang Free School

Perniagaan
$6.00 Welcome Survey After Free Registration!
Creative Network International
Exabytes - Your Excellent Hosting Partner!

Politik

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
Parti KeADILan Rakyat Malaysia
Parti Islam Se Malaysia
Parti Tindakan Demokratik
Lim Kit Siang
Parti Sosialis Malaysia

Free JavaScripts provided
by The JavaScript Source


My Websites

Free JavaScripts provided
by The JavaScript Source

Hit Counter
Netflixs

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

Tuesday, January 13, 2009
Kelas Database

Assalamualaikum...

Sewaktu menulis blog ini... Lecturer tgh mengajar database kat depan.

Hehehe...

Posted at 08:01 am by hifzaili
Make a comment  

Tuesday, October 28, 2008
Update on Joko

Dalam bulan 10 ni nak kata busy tak la sangat.. Just kurang idea nak tulis.. So, just citer hal2 biasa je lah erk..

23hb hari tu aku nyer final exam.. Subject Arabic.. Utk insan yg tak penah belajar mcm aku nie agak sukar.. so, aku bedal jer.. Hopefully lulus..

18hb plak lagi best.. Bukan sekadar aku kena telir dgn boss dan jep.. Tapi hari gak aku g Lancang.. Nasir bertunang.. Wah hal aku penah jumpa Nasir tue sekali je pon.. Belasah je lah.. Ronda2 ni mmg feveret.. Boss plak asyik dok bising jer.. Co-Driver yg tak bleh diharap katanya.. Masakan tidak.. Aku tidur je sepanjang jalan.. Ahaha...

Posted at 04:09 am by hifzaili
Make a comment  

Monday, October 06, 2008
Ahmad Hafni

Ini lah Allahyarham Hj Ahmad Hafni Bin Hj Hashim.

Ayah aku. Satu2nya insan yang mengajar aku agar sentiasa berusaha dalam apa jua bidang.

Posted at 05:31 pm by hifzaili
Comment (1)  

Monday, September 29, 2008
Ada motif ker?

Posted at 04:59 am by hifzaili
Comments (3)  

Selamat Hari Raya


Semoga kita memperoleh sesuatu yang manfaat pada bulan Ramadan 1429 ini.

Posted at 04:51 am by hifzaili
Make a comment  

Friday, September 26, 2008
Andaiku Tahu

Andaiku Tahu..
Malaikat kan menjemputku..

Betul ke bait2 tue.. Ntah.. Aku pon dah lupa..

Esok nak balik raya.. Seronok.. Balik kampung hoho balik kampung..

Best ker raya?

Apa yg best dihari raya?

Makan? Minum? Duit raya? Kawan? Awek? Pakwe?

Bagi aku.. Cukup la erti hari dengan kehadiran keluarga disisi. Mungkin biasa bagi sesetengah orang tapi bagi aku yang berjauhan dengan keluarga amat terasa rindunya.. Tapi.. Apakan daya.. Ibu telah lama pergi.. Ayah baru pula pergi.. Kubur menjadi saksi betapa anakmu merinduimu..

Jiwang dan sedih pon ada..
Tapi itu lah hakikat..






Posted at 01:08 am by hifzaili
Make a comment  

Wednesday, September 24, 2008
Jika diberikan ku satu peluang.

Tetiba teringat bait ini.. Lagu apa aku dah tak ingat. Tapi kekadang terasa juga kalau ada peluang.. Apa yg kita inginkan?

Mungkin peluang yang akan kita minta adalah kembali ke masa silam.. Memperbetulkan kesilapan yang lalu, bersama orang2 tersayang. Mungkin menyimpan duit dari dulu lagi.. Itu semua mungkin la kan.

Tapi bagi aku, andai ada peluang.. Aku ingin menebus dosa2 terdahulu.. Mungkin Ramadhan yang tinggal kurang seminggu ini menjadi titik tolak perubahan dalam diri.

Amin.. Iftar jom.

Posted at 04:58 pm by hifzaili
Make a comment  

Wednesday, September 17, 2008
Menu berbuka..




Adakah ini bakal menjadi menu pilihan aku untuk petang ini? sama2 la kita nantikan.. "ane, murtabak waney."

Posted at 01:34 pm by hifzaili
Make a comment  

Tuesday, September 16, 2008
Hari yg menakutkan..

   Bagi sesetengah individu, apa la sangat hendak ditakutkan dengan 16 september 2008. Tapi, aku punya pandangan berbeza. Dalam kegawatan politik tempatan. Ditambah pula dengan kejatuhan pasaran saham. Bangkrupnya firma kewangan tersohor iaitu Lehman Brother. Kejatuhan nilai ringgit. Itu yg terjadi dlm 24 jam terdahulu.

   Apa yg aku khuatiri adalah masa depanku. Aku khuatir dengan kegawatan politik yg berlaku. Tidak mustahil 13 Mei 1969 berulang kembali. oh ya.. mmg aku belum lahir masa tue. Tp tragedi Kg Rawa 1998 masih segar dlm ingatan. Sebagai penuntut Penang Free School (Form 2).. Tragedi Kg Rawa membuatkan aku begitu takut. Tiap2 hari telefon rumah bagitau keadaan diri. Penang Free School pulak multiracial. So, kebebasan beragama dibolehkan. Kalau la masyarakat India ketika itu bunuh aku? Aku tak tulis la blog nie.. ahaha.. Nak balik rumah pon tak boleh. Jalan tutup, bas tingkap pecah habis. Bas yg lalu dihadapan kuil dan masjid tue pon dah tak berani lalu. Bas Transit Link No 11 Jeti - Taman Tun Sardon.

   Kalau bicara soal politik, aku tak la begitu handal kerana aku bukan mempunyai apa2 jawatan dlm apa jua parti poltik. Tetapi dari segi pengamatan, dari segi percambahan idea, dari segi sejarah poltik yang dibaca. Boleh juga berbicara sedikit demi sedikit. Hakikat yang perlu diterima adalah tiada insan yang sempurna. Setiap manusia buat kesilapan. Tetapi cuba kita renungi dari luar kotak atau dari penilaian yang berbeza.

1.   Tanggapan orang adalah pihak kerajaan terlalu banyak rasuah dan kronisme. Pak Lah bagi projek itu ini kat anak menantu kan konco2.. Okay, Mahathir beri kekayaan pada kroni2 dia kita pon tau., Cumanya bila tiada siapa anak Mahathir masuk politik. kira mcm boleh la kot.. huhu.. Aku tak rasa mcm tue.. Mcm bullshit jer. Everything related to the political will. Tak best la mcm tue. Dan sekarang kita tgk BPR banyak cekup pegawai2 nie.. Bagi aku, orang akan kata kerajaan yg salah kerana memiliki pegawai2 sebegini. Tapi tidakkah semua tahu pada era Pak Lah ini lah benda ini dibongkar satu persatu, BPR diberi mandat lebih besar, Untuk membersihkan sikap2 sebegini. Bukan mudah. Mungkin sejak zaman Tunku Abdul Rahman lagi. Bagi aku, setiap perubahan yang besar perlukan perjalanan yang panjang. Perjalanan yang tertib dah istiqamah.

2.   Anwar VS Pak Lah? Kalau diikutkan, pak lah menang lama dah. Tapi pak lah bukan jenis orang yang MAHU berpolitik, tapi Pak Lah adalah insan yang diPAKSA berpolitik. Kaji la tgk sebab apa pak lah boleh jadi MP Kepala Batas (Tempat aku la). Sebab keperibadian, sebab keturunan yg baik2. Orang hormat itu, Mungkin Pak Lah sendiri tidak lari kesilapan. Tapi kita mcm dia juga perlu berubah kearah yang lebih baik. Memang politik ni banyak sepak terajangnya. Dengan DUIT boleh pangkah yg lain, dengan PEREMPUAN bleh hilang jawatan, dengan KUASA boleh lupa daratan. Aku tak kata dlm UMNO shj, setiap parti politik ada Kambing Hitamnya, cumanya ianya terdedah atau tidak.  Fikir2kan la.

Kalau diikutkan ada sahaja hendak berceloteh. Tapi masa mencemburui aku la pulak.

Pada aku mudah. Islah tidak menyukarkan kita.Kita yang membuatkan Islam itu sukar. Sebab kekadang kita bercakap mengalahkan Doktor perubatan, berhujah mengalahkan Peguam tersohor, bicara soal agama mengalahkan Ulamak tersohor. Itu lah kita, yang naif dan daif merasa diri hebat, merasa diri penuh megah. Tanpa mengingati kemakmuran negara dan kestabilan ekonomi yang dikecapi hasil usaha negarawan2 terdahulu. Mana taat setia kita? bila menang kita sokong, bila kalah kita menyalahkan lagi.

At last, yg aku akan terima akibatnya adalah kutukan dan cercaan.. cthnya je lah.. Ulamak tidak boleh dikritik.. Awak terlalu muda untuk menngetahui soal politik.. Tapuk dada tanya iman..Masa depan kita bukan pada pemimpin rasuah. banyak lagi sebenarnya.. Yg cakap aku poltik kampung pon ada jugak.. Ala.. itu semua dan menjadi perkara biasa.. Sebab aku berpegang pada.. Kalau dah PEMBANGKANG.. Semua benda dia nak BANGKANG.. So, jangan terkejut la wahai saudara2ku. andai yg anda buat itu yg terbaik pada anda tetapi masih dianggap lekeh oleh orang lain..

Selamat Berpuasa

Selamat BerIftar (buka Puasa)

Jadilah seorang insan yang kedatangannya dirai dan pemergiannya ditangisi.

Posted at 05:13 pm by hifzaili
Make a comment  

Saturday, September 13, 2008
13 Ramadan dan 13 September

Hari ni 13 sept.. Hari sabtu.. Aku ada kat Kepala Batas.

Org lain sibuk study, aku plak sibuk cari duit kat market.. Ahaha.. Mlm nie nak buka posa kat mana erk?  ntah la..

Abang aku nak balik beraya dengan aku kat rumah bujang aku. So, misi aku adakah nak mereka dpt tinggal seselesa mungkin. Penat tue..

ok lah. nak g beli juadah berbuka..

Selain 13 september nie besday Azlin dan besday Bibah (anak sedara aku).. Apa lg terjadi pada tarikh nie?

Posted at 04:57 pm by hifzaili
Comment (1)  

Previous Page Next Page