Salam Pertemuan Buat Semua Seintim Hubungan Seerat Ukhwah Menyemai Kasih Mesra Diantara Kita Moga Mendapat Rahmat Yang Esa







Monday, April 18, 2016
Puasa Isnin

Assalamualaikum.. Sebenarnya, dah lama aku tak puasa sunat hari Isnin. Tetapi terasa nak pulak. Jadi pada hari Isnin ini.. Aku berpuasa. Yea..

Posted at 01:11 pm by hifzaili
Make a comment  

Tuesday, October 06, 2015
Mencari Ilahi

Assalamualaikum, Aku sendiri tidak pasti sama ada akan ada orang visit blog ni. Tapi yang pasti. Aku masih biarkan blog ini sebagai sebahagian dari sejarah-sejarah yang pernah berlaku dalam kehidupan ini. Biar orang tidak tahu. At least I have something hidden yang hati kecil aku shaja yang tahu. Aku tak kisah pun. Aku menulis blog ini kerana aku nak menulis sahaja. Aku tak mengejar traffic. Aku tak mengejar popularity. Aku cuma nak jadi aku. Aku nak jadi seceria dulu.. Ya Allah. Bring back my cheerful. Masih dengan opis ni.. hehe..

Posted at 08:14 pm by hifzaili
Make a comment  

Friday, December 26, 2014
Habuk

Pergh.. Last update lama giler nie..

Posted at 02:52 pm by hifzaili
Make a comment  

Saturday, August 21, 2010
Setelah 1 per 3 Ramadan

Tajuk best je kan.. sedar2 dah masuk separa kedua bulan Ramadan. ini bermakna lebih kurang lg 20 hari kita akan menyambut Syawal.

Apa yg telah aku lakukan. Ibadat semakin bertambah kah? Malas makin kurangkah? Hanya aku ada jawapan itu. Hehe. Hari ini Jumaar malam Sabtu. Seperti kebiasaan. Aku menunggu hingga jam 2 pagi supaya dapat aku uruskan makan sahur untuk semua kadet2 PALAPES UDARA UIAM. Kalau diorang tak kenyang. Aku plak nak kena menjawab. Alahai, tanggungjawab namanya.

Kekadang aku rasa inilah namanya peranan dan tanggungjawab yang harus dipikul setelah amanah yang diberikan. Aku tak mintak apa2 jawatan pun. Tetapi apabila sudah diberikan amanah itu. Aku harus laksanakan dengan hati yang sabar dan tenang. Kekadang naik marah jugak dgn budak2 junior ni.. Aku ckp sekali tak jalan. Nak kena ckp 3 4 kali. dlm kepala aku dok sebut. Diorang ni junior lagi. Aku kena didik mereka. Dan sebab itu bila aku rasa aku patut tegur. Aku akan tegur, biar diorang naik menyampah dengan aku. Asalkan mereka tahu apa yang aku nak dari mereka.. Haha.

Lagi lebih kurang 20 minit lg dah nak pukul 2 pagi. Itu bermakna aku kena kejutkan mereka tidur. Remind mereka supaya tidak terlepas urusan aku. Aku tahu budak2 ni bukan suka nak buat kerja. Tp apa boleh buat. Tugas la namakan. Kalau nak aku jugak yg kena marah dgn Jurulatih. dan aku jugak yang akan letih. Hehe.

Apa lg nak citer ni.. erm.. kasut dah kilat, baju dan kemas. katil belum kemas lagi. Baju ada banyak lg tak basuh.. Huh.. Penat. Padahal bukan aku buat apa pon. Dok buang masa je hari2.. Patutnya masa ni kena buat kerja skolah. Tp asyik aku dok tangguh. Mmg tak penah siap la kan..

Hifzaili.. bila kamu nak siapkan kerja kamu itu?
Haha..

Soalan yang selalu aku tanya pada diriku...

Okay lah.. Nanti aku coret lg.. Nak kemas katil kejap..


Posted at 01:32 am by hifzaili
Comment (1)  

Sunday, April 04, 2010
Berhabuk dan Bersawang

Tajuk thread aku kali ni mmg bersesuaian dgn apa yang terjadi pada blog aku..
Takder idea dan takder masa nak tulis.. Kekadang bila ada masa takder idea.. bila ada idea takder masa plak. So, mencari sesuatu yang nak dicoretkan disini kena pikir 2 3 kali. Lantaklah.. bukan ada sapa nak baca blog aku pon.. aku jer layan ckp sowang2.. hehe .. Ckp sorang lagi bagus dari kutuk2 orang kan? yea betul.
Esok iaitu hari Isnin exam aku paper last. Management Information System..
subjek gabungan antara IT dan Management. Yang part IT aku rasa senang jer lah. tp bab part management tu yang poning kepalo den. Aku baru baca sampai bab 7. ada lg 4 bab untuk dihabiskan.. ala.. lepas subuh bleh lagi mentelaah.
Apa aku nak story nie erk? kawan2 ada idea? takder? ala... erm.. aku pikir jap
oh ya.. dah 2 tahun aku ada kat UIA.. terasa cepat jer masa berlalu. Disebabkan masa yang terlalu cepat berlalu. Aku kekadang dan banyak lupa pada kampung halaman. Bukan aku tak mau balik kampung. Tp serabut banyak kat kampung.. balik je kampung benda2 bukan akademik yg aku kena tempuhi. Kekadang pening kepala aku. Usia baya2 ramai dah kawin. lg plak yg dah ada anak.. argh.. jeles nya..

Opss.... dah nak masuk subuh... nak g siap2 dulu lah jawabnya...
Assalamualaikum...

Posted at 05:45 am by hifzaili
Make a comment  

Wednesday, August 12, 2009
DIkala aku memendan rasa

Assalamualaikum..

Ketika ini aku berada di dalam bilik berseorangan.. Adi, Shahril dan Hafiq dah g kelas. So, memandangkan kelas pukul 2 nanti. Ada lah masa nak coret2 kat sini.

Lagi 10 hari dah nak puasa.. Aku pon tak tahu mcm mana nak lalui puasa yang akan mendatang nie.. Banyak perkara dalam kepala ni yg buat aku runsing..

Pagi ni bangun awal.. Hari rabu biasanya PALAPES UDARA akan ada baris pagi. Seawal 5.30 aku bangun. Gosok baju sampai pukul 6. 15 baru g mandi. Dah siap dalam pukul 6.30.. Hpku berbunyi dan aku tgk ada msg "Xde baris pg ni.. Gtaw yg laen" dari Midie. Member budak Fiqh aku.. Huhu. Sambung tidur.

Breakfast dan kembali ke Laptop nie.

Kepala runsing jer 2 3 hari nie. Tak tahu kenapa.. Mungkin aku ada buat silap kot? Mungkin ada org tgk membenci diriku? Entah la..

Kepala runsing sebab banyak assignment belum siap? Ya, banyak assignemnt belum siap.. Nak buat asyik tak betul jer. . Asyik membaca sampai buku yg tgk aku.. Ahahah. apa nak jadi lah kan.. Dah nama pelajar U pon masih malas lagi.
Kalau keje lagi penat.

Orang kata sewaktu belajar la tempoh paling menarik dalam hidup.. Kenapa erk? ada org ckp kat aku.. Waktu jadi student ni lah waktu kita belajar membuat kesilapan.. buat silap waktu belajar labih baik dari buat silap masa kerja nanti. Waktu belajar ni jugalah kita belajar ilmu bukan akademik yang lain.. Belajar main rugby ker, belajar silat ker, belajar ilmu tentera ker, belajar motivasi orang ker.. Terpulang pada diri masing2.. Pada aku, dlm usia nak mencecah 25 nie.. Waktu ni lah aku kejar semuanya... Aku pernah bekerja dan tahu peritnya sebuah pekerjaan.. Amat penat.. Gaji ciput jer.. Nak bagi lebih pon aku ni kan kelulusan apa jer dulu..

Jap lg kelas Calculus 1. Kelas yg sepatah haram aku tak paham.. Tapi layan jer..
Wasalam..
P/S: Aku nyer blog mmg selalu cerita rojak....

Posted at 10:09 am by hifzaili
Make a comment  

Friday, July 24, 2009
Panduan Memilih Kamera Digital

Panduan Memilih Kamera Digital 
Back To Standard Version

Posted By : niazman (azman, sezaman)
Source : www.virtualfriends.net (VF)
Author : Ahmad Sufyan Che Abdullah
Posted On : Sat, 18 Jul 2009  04:51:52 PM


Description:



Ramai juga yang ingin memiliki kamera digital tetapi tidak tahu memilihnya. Zaman sekarang, orang dah tak pakai kamera analog yang beroperasi menggunakan teknik dedahan cahaya kepada filem, tetapi semuanya menggunakan digital. Bila sebut saja kamera digital yang ada 10 megapixel, maka ramailah yang terngaga, "Wow... 10 megapixel!". Saya kerap kali terdengar orang tanya, "Awak punya kamera berapa megapixel? Berapa harga beli?" Bila saya jawab, "5.0 megapixel, harga RM1200" Lalu dikatakan, "Mahalnya, saya beli 6.0 megapixel cuma RM700 sahaja." Dalam hati saya cuma menjawab, "Sebenarnya di Carefoure pun, ada cuma RM300 lebih, kamera yang berkemampuan hingga 12 megapixel!" Inilah sindrom tidak memahami teknologi, sehingga merugikan kita.

Justeru saya ingin berkongsi sedikit tentang panduan mendapatkan kamera digital yang baik. Saya sendiri bukanlah pakar dalam bidang kamera, bukan juga cameraman yang bagus, cuma sekadar berkongsi teori yang wajib difahami dan diketahui. Bak kata orang, ilmu itu suatu kekayaan. Dengan ilmu boleh mengelakkan kerugian. Memahami Keperluan Megapixel Kamera Hakikatnya, untuk cetakan gambar digital sehingga bersaiz A4, kita cuma perlukan cuma sehingga 3 megapixel sahaja. Lebih dari itu, ia tidak akan lagi mencantikkan kualiti cetakan. Kualiti cetakan anda tidak terjejas. Tidak akan bertambah cantik. Apatah lagi jika anda cuma 'mencuci' gambar sekadar bersaiz 4R ata 6R, tiada maknanya menggunakan megapixel yang besar. Apa itu megapixel? Megapixel secara mudahnya ialah saiz digital sesuatu gambar. Gambar yang diambil oleh kamera digital yg terdiri daripada berjuta2 pixel titik warna.

Mudahnya, jika titik itu semakin banyak dalam satu ruangan yang sempit, titik itu akan menjadi lebih kecil. Jika titik itu menjadi lebih kecil, maka sudah tentu kualiti gambar akan lebih halus. Saya tidak mahu menggunakan kaedah yang terlalu teknikal, cukuplah anda faham dengan cara yang mudah: Adakah pen yang bermata besar boleh lukis satu lukisan yang halus? Sudah tentu tidak. Suatu gambar yang halus dan cantik bila titik-titiknya itu sangat halus. Justeru, jika sampai tahap yang halusnya itu sudah memenuhi ruang, maka ia tidak lagi boleh halus. Kalaupun gambar itu halus, pencetaknya pula tidak mampu untuk mencetak sehalus itu. Masih blur? Mudahnya, cukuplah kamera digital anda bermegapixel 4 megapixel untuk menghasilkan kualiti gambar yang baik. Lebih daripada itu, anda tidak perlu lagi, melainkan anda seorang juru kamera profesional yang memang kerja anda menghasilkan gambar dan diupah beribu2 ringgit. Jangan bazirkan duit kepada perkara yang kita sendiri tidak gunakan. Jangan bazirkan duit dengan beli yang bermegapixel tinggi.

Hari ini, majoriti megapixel paling kurang yang dijual dikedai ialah 4 megapixel.

Lensa
Unsur yang kedua yang sangat penting, tetapi sering diabaikan ialah jenis lensa. Tidak pernah orang tanya apak jenis lensa yang digunakan. Lensa yang baik ialah jenis vario tessar, atau leica, ataupun nikkor, ataupun lens canon. Setakat ini, Leica yang digunakan oleh Lumix Panasonic antara yang terbaik dan sering mendapat pengiktirafan dunia. Namun begitu, lense Nikkor oleh kamera Nikon juga bagus dan tidak pernah dipertikaikan kredibilitinya. Sony Cybershot sekarang ini pun menggunakan lens jenis Vario Tessar Carl Zeiss, yang juga lens yang baik. Namun jika perbandingan dibuat, daripada gambar2 yang diambil dengan cahaya yang sama, setakat ini saya nampak Lens Leica lah yang memberi imej yang baik.

Sensor
Kamera yang baik juga tidak bergantung kepada lensa sahaja, tetapi bergantung kepada sensor cahaya. yang digunakan. Sekarang ini, kebanyakan kamera menggunakan CMOS sensor. Ada juga yang menggunakan CCD lens, namun kedua-duanya tidak banyak perbezaannya. Sensor cahaya membolehkan penetapan kadar pendedahan lens kepada cahaya seperti ISO400, ISO100 dan seumpamanya. Secara mudahnya, jika anda ambil gambar dalam gelap, anda kena guna ISO400 tetapi dalam cerah hanya perlu guna ISO100. Perlu diingatkan juga, jika anda guna ISO400, sebenarnya gambar anda tidak akan menjadi cantik. Akan wujud banyak Noise pada gambar tersebut, akibat kekurangan cahaya. Gambar yang cantik terhasil kerana cahaya yang cukup. Namun begitu bagi SLR, ISO100 sehingga ISO1250 masih boleh 'diguna' walaupun kebanyakannya boleh sampai sehingga ISO3200. Selain daripada itu, image yang terhasil akan lebih banyak Noise.

Image Processor
Selain daripada jenis lens dan sensor yang merubah harga sesebuah kamera digital, jenis pemproses imej juga menjadi faktor yang memberikan perubahan pada harga. Semakin canggih pemproses imej, semakin cantiklah imej yang terhasil dan semakin mahal lah harganya. Kalau dulu, kamera menggunakan teknik dedahan cahaya yang masuk melalui lens dan akan terbentuklah imej pada filem. Namun sekarang, sudah tidak ada filem, tetapi menggunakan image processor yang bertindak sebagai 'retina' untuk pengimejan.

Fungsi-fungsi Tambahan
Kamera menjadi mahal kerana fungsi-fungsi tambahan seperti image stabilizer yang menyerap getaran tangan anda, fungsi penetapan kadar ISO dan fungsi2 automatik lain seperti mengubah kadar cahaya untuk jenis2 gambar tertentu, juga mengubah masa bukaan lens. Semakin banyak fungsi yang digunakan, semakin mahal harganya, dan semakinlah perlu anda pandai guna.

Saiz dan Rekabentuk
Rekabentuk dan saiz menentukan harga. Semakin nipis kemera yang digunakan, semakin mahal lah harga tersebut. Saranan saya, hanya kalau anda ada duit lebih saja beli yang bersaiz nipis. Jika rasa tak nak membazir belilah yang bersaiz biasa sahaja.

TIPS-TIPS MEMBELI KAMERA








  • Jika anda bukan profesional, belilah kamera autofokus dan bukan SLR kamera.


  • Jika anda nak belajar teknik-teknik fotografi, belilah SLR kamera. SLR tu jenis yang ada lens boleh tambah-tambah dan boleh dipulas-pulas tu.


  • Jika ada duit lebih, jenama Lumix Panasonic berharga dalam 1000 boleh dibeli, jika bajet kurang, carilah Nikon atau Canon atau Sony Cybershot berharga dalam RM700. Jika bajet sikit sangat, saranan saya camera paling murah tetapi boleh hasilkan gambar yang baik ialah Canon. dengan harga RM499 anda boleh dapatkan.


  • Pilih jenis bateri yang digunakan. Sebaiknya, cari yang bateri bersaiz AA atau AAA supaya jika kehabisan bateri, anda boleh beli bateri di kedai. Jika anda beli yang jenis bateri yang khas digunakan utk kamera tersebut, masalah utama jika bateri habis di saat2 penting.


  • Pilih jenis Memori Kad yang digunakan. Memori Kad jenis SD ialah yang paling murah, dan senang didapati. Sekarang ini boleh beli yang 2 - 4 GB dah di pasaran. Canon, dan Lumix biasanya guna SD. Ada juga yang guna M2, memori kad ini agak mahal biasanya digunakan oleh Sony Cybershot. Sony juga guna MemoryStick Pro Duo yang harga nya mahal. Satu lagi jenis memori kad xD. Yang ini lagi lah mahal dan agak susah didapati. Kamera Olympus biasnya guna jenis ini. Kalau rasa nak tambah memori kad lain kali, elakkan beli yang jenis ini. Kena ingat, kamera digital tak semestinya guna jenis yang sama memori kadnnya. Pilihlah memory kad yang murah.


  • Jika gunakan batery AA. Sila beli charger dan batery rechargeble sekali. Beli yang MH nya lebih daripada 2000 supaya tempoh caj lebih cepat. Jika beli yang 1200 anda akan berjanggut menunggu bila bateri siap dicaj penuh.







Artikel dari Ahmad Sufyan Che Abdullah [iDeologi] on 2007/3/3



Posted at 03:36 am by hifzaili
Make a comment  

Wednesday, July 08, 2009
UIA.. tunggu..aku datang...

Pada pagi ini aku dlm proses kemas mengemas untuk pulang ke UIA.. bosan pon ada pulang sorang2.. tapi apa nak buat.. Esok ada kem ibadah.. so, balik je lah..
Assalamualaikum...

Posted at 09:44 am by hifzaili
Make a comment  

Tuesday, July 07, 2009
Time has come

Assalamualaikum...
Masanya telah tiba untuk aku kembali ke arena blog ini..
Terlalu banyak yg rasa ingin ditulis,..
Tapi selalunya penat nak tulis... Ahahah..

1st of all kita ucapkan AL-Fatihah buat Hifzana Ahmad Hafni.. sebab 7 Julai ni besday dia.. Kalau dia masih ada umurnya dah 36thn.. Arwah akak aku...

Rabu ni aku akan mendaftar kembali ke UIA... Setelah puas bercuti selama 3 bulan lamanya.. Puas gak la cuti..
Banyak benda aku dapat buat...

Kepada kawan2 aku yg kahwin tue.. Sori la sebab banyak yg tak dpt attend... Banyak kekangan sebenarnya.. Huhu.
Kepada kawan2 UIA.. jumpa lagi kita nanti... Azam baru.. Semangat baru..
Wasalam...

Tadi tgk Transformers 2.. Best gak la...


Posted at 01:08 am by hifzaili
Make a comment  

Monday, March 23, 2009
Annual Kem Wataniah sem 2 2009

Aku mengharapkan kem wataniah ni mcm camping..
Dpt suka2 sambil main dgn unggun api..
Tapi jangkaan aku meleset.
Ptg jumaat tue dah kena maki pasal baju budak kelas aku tak seperti yang disuruh. oleh Kopral Sozana.
Apa nak buat. Aku boleh concludekan isu ini kerana arahan diberikan pada pagi jumaat menyuruh pakai baju hitam pulak.. Padahal pada rabu pagi Kopral dah suruh pakai baju merah.
Free2 je kena maki..
Bukan salah aku kan?
Ptg tue dah penat kawad dan lari2.. Malam mungkinkah rehat?
Lepas makan dan magrib serta isyak..
Tazkirah Isyak pon best. Stap Wan memberi input yg baru pada aku..
Askar bukan sekadar askar.
Means kita kena jadi askar yang baik.
Askar yang baik adalah askar yang jaga tatsusila peperangan.
Tak tinggal solat. Jaga akhlak dll.
(Nanti Continue)

Posted at 03:34 pm by hifzaili
Comments (2)  

Next Page
   

<< April 2016 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30

Muhammad Hifzaili
Muhammad Hifzaili
Create Your Badge
Link Cyber Komuniti

VirtualFriends
Friendster
Facebook
Hotmail
Ukhwah.com

Blogger..

Ena
Salman
Dayana
Irfan Khairi
Afdlin Shauki
Hans Isaac
Ako Mustafa
Patrick Teoh

Pengajian Dan Pembelajaran

IIUM
Cosmopoint
Universiti Tenaga Nasional
Penang Free School

Perniagaan
$6.00 Welcome Survey After Free Registration!
Creative Network International
Exabytes - Your Excellent Hosting Partner!

Politik

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
Parti KeADILan Rakyat Malaysia
Parti Islam Se Malaysia
Parti Tindakan Demokratik
Lim Kit Siang
Parti Sosialis Malaysia

Free JavaScripts provided
by The JavaScript Source


My Websites

Free JavaScripts provided
by The JavaScript Source

Hit Counter
Netflixs

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed