Ramai juga yang ingin memiliki kamera digital tetapi tidak tahu
memilihnya. Zaman sekarang, orang dah tak pakai kamera analog yang
beroperasi menggunakan teknik dedahan cahaya kepada filem, tetapi
semuanya menggunakan digital. Bila sebut saja kamera digital yang ada
10 megapixel, maka ramailah yang terngaga, "Wow... 10 megapixel!". Saya
kerap kali terdengar orang tanya, "Awak punya kamera berapa megapixel?
Berapa harga beli?" Bila saya jawab, "5.0 megapixel, harga RM1200" Lalu
dikatakan, "Mahalnya, saya beli 6.0 megapixel cuma RM700 sahaja." Dalam
hati saya cuma menjawab, "Sebenarnya di Carefoure pun, ada cuma RM300
lebih, kamera yang berkemampuan hingga 12 megapixel!" Inilah sindrom
tidak memahami teknologi, sehingga merugikan kita.
Justeru
saya ingin berkongsi sedikit tentang panduan mendapatkan kamera digital
yang baik. Saya sendiri bukanlah pakar dalam bidang kamera, bukan juga
cameraman yang bagus, cuma sekadar berkongsi teori yang wajib difahami
dan diketahui. Bak kata orang, ilmu itu suatu kekayaan. Dengan ilmu
boleh mengelakkan kerugian. Memahami Keperluan Megapixel Kamera
Hakikatnya, untuk cetakan gambar digital sehingga bersaiz A4, kita cuma
perlukan cuma sehingga 3 megapixel sahaja. Lebih dari itu, ia tidak
akan lagi mencantikkan kualiti cetakan. Kualiti cetakan anda tidak
terjejas. Tidak akan bertambah cantik. Apatah lagi jika anda cuma
'mencuci' gambar sekadar bersaiz 4R ata 6R, tiada maknanya menggunakan
megapixel yang besar. Apa itu megapixel? Megapixel secara mudahnya
ialah saiz digital sesuatu gambar. Gambar yang diambil oleh kamera
digital yg terdiri daripada berjuta2 pixel titik warna.
Mudahnya, jika titik itu semakin banyak dalam satu ruangan yang sempit,
titik itu akan menjadi lebih kecil. Jika titik itu menjadi lebih kecil,
maka sudah tentu kualiti gambar akan lebih halus. Saya tidak mahu
menggunakan kaedah yang terlalu teknikal, cukuplah anda faham dengan
cara yang mudah: Adakah pen yang bermata besar boleh lukis satu lukisan
yang halus? Sudah tentu tidak. Suatu gambar yang halus dan cantik bila
titik-titiknya itu sangat halus. Justeru, jika sampai tahap yang
halusnya itu sudah memenuhi ruang, maka ia tidak lagi boleh halus.
Kalaupun gambar itu halus, pencetaknya pula tidak mampu untuk mencetak
sehalus itu. Masih blur? Mudahnya, cukuplah kamera digital anda
bermegapixel 4 megapixel untuk menghasilkan kualiti gambar yang baik.
Lebih daripada itu, anda tidak perlu lagi, melainkan anda seorang juru
kamera profesional yang memang kerja anda menghasilkan gambar dan
diupah beribu2 ringgit. Jangan bazirkan duit kepada perkara yang kita
sendiri tidak gunakan. Jangan bazirkan duit dengan beli yang
bermegapixel tinggi.
Hari ini, majoriti megapixel paling kurang yang dijual dikedai ialah 4 megapixel.
Lensa
Unsur yang kedua yang sangat penting, tetapi sering diabaikan ialah
jenis lensa. Tidak pernah orang tanya apak jenis lensa yang digunakan.
Lensa yang baik ialah jenis vario tessar, atau leica, ataupun nikkor,
ataupun lens canon. Setakat ini, Leica yang digunakan oleh Lumix
Panasonic antara yang terbaik dan sering mendapat pengiktirafan dunia.
Namun begitu, lense Nikkor oleh kamera Nikon juga bagus dan tidak
pernah dipertikaikan kredibilitinya. Sony Cybershot sekarang ini pun
menggunakan lens jenis Vario Tessar Carl Zeiss, yang juga lens yang
baik. Namun jika perbandingan dibuat, daripada gambar2 yang diambil
dengan cahaya yang sama, setakat ini saya nampak Lens Leica lah yang
memberi imej yang baik.
Sensor
Kamera yang baik juga tidak bergantung kepada lensa sahaja, tetapi
bergantung kepada sensor cahaya. yang digunakan. Sekarang ini,
kebanyakan kamera menggunakan CMOS sensor. Ada juga yang menggunakan
CCD lens, namun kedua-duanya tidak banyak perbezaannya. Sensor cahaya
membolehkan penetapan kadar pendedahan lens kepada cahaya seperti
ISO400, ISO100 dan seumpamanya. Secara mudahnya, jika anda ambil gambar
dalam gelap, anda kena guna ISO400 tetapi dalam cerah hanya perlu guna
ISO100. Perlu diingatkan juga, jika anda guna ISO400, sebenarnya gambar
anda tidak akan menjadi cantik. Akan wujud banyak Noise pada gambar
tersebut, akibat kekurangan cahaya. Gambar yang cantik terhasil kerana
cahaya yang cukup. Namun begitu bagi SLR, ISO100 sehingga ISO1250 masih
boleh 'diguna' walaupun kebanyakannya boleh sampai sehingga ISO3200.
Selain daripada itu, image yang terhasil akan lebih banyak Noise.
Image Processor
Selain daripada jenis lens dan sensor yang merubah harga sesebuah
kamera digital, jenis pemproses imej juga menjadi faktor yang
memberikan perubahan pada harga. Semakin canggih pemproses imej,
semakin cantiklah imej yang terhasil dan semakin mahal lah harganya.
Kalau dulu, kamera menggunakan teknik dedahan cahaya yang masuk melalui
lens dan akan terbentuklah imej pada filem. Namun sekarang, sudah tidak
ada filem, tetapi menggunakan image processor yang bertindak sebagai
'retina' untuk pengimejan.
Fungsi-fungsi Tambahan
Kamera menjadi mahal kerana fungsi-fungsi tambahan seperti image
stabilizer yang menyerap getaran tangan anda, fungsi penetapan kadar
ISO dan fungsi2 automatik lain seperti mengubah kadar cahaya untuk
jenis2 gambar tertentu, juga mengubah masa bukaan lens. Semakin banyak
fungsi yang digunakan, semakin mahal harganya, dan semakinlah perlu
anda pandai guna.
Saiz dan Rekabentuk
Rekabentuk dan saiz menentukan harga. Semakin nipis kemera yang
digunakan, semakin mahal lah harga tersebut. Saranan saya, hanya kalau
anda ada duit lebih saja beli yang bersaiz nipis. Jika rasa tak nak
membazir belilah yang bersaiz biasa sahaja.
TIPS-TIPS MEMBELI KAMERA
Jika anda bukan profesional, belilah kamera autofokus dan bukan SLR kamera.
Jika
anda nak belajar teknik-teknik fotografi, belilah SLR kamera. SLR tu
jenis yang ada lens boleh tambah-tambah dan boleh dipulas-pulas tu.
Jika
ada duit lebih, jenama Lumix Panasonic berharga dalam 1000 boleh
dibeli, jika bajet kurang, carilah Nikon atau Canon atau Sony Cybershot
berharga dalam RM700. Jika bajet sikit sangat, saranan saya camera
paling murah tetapi boleh hasilkan gambar yang baik ialah Canon. dengan
harga RM499 anda boleh dapatkan.
Pilih
jenis bateri yang digunakan. Sebaiknya, cari yang bateri bersaiz AA
atau AAA supaya jika kehabisan bateri, anda boleh beli bateri di kedai.
Jika anda beli yang jenis bateri yang khas digunakan utk kamera
tersebut, masalah utama jika bateri habis di saat2 penting.
Pilih
jenis Memori Kad yang digunakan. Memori Kad jenis SD ialah yang paling
murah, dan senang didapati. Sekarang ini boleh beli yang 2 - 4 GB dah
di pasaran. Canon, dan Lumix biasanya guna SD. Ada juga yang guna M2,
memori kad ini agak mahal biasanya digunakan oleh Sony Cybershot. Sony
juga guna MemoryStick Pro Duo yang harga nya mahal. Satu lagi jenis
memori kad xD. Yang ini lagi lah mahal dan agak susah didapati. Kamera
Olympus biasnya guna jenis ini. Kalau rasa nak tambah memori kad lain
kali, elakkan beli yang jenis ini. Kena ingat, kamera digital tak
semestinya guna jenis yang sama memori kadnnya. Pilihlah memory kad
yang murah.
Jika gunakan batery AA. Sila
beli charger dan batery rechargeble sekali. Beli yang MH nya lebih
daripada 2000 supaya tempoh caj lebih cepat. Jika beli yang 1200 anda
akan berjanggut menunggu bila bateri siap dicaj penuh.
Artikel dari Ahmad Sufyan Che Abdullah [iDeologi] on 2007/3/3